Assalamualaikum…ape
habaq? Ceq sihat, Alhamdulillah.hehehe Okey LL sihat jer. Sajer guna loghat
utara. Kita kan 1 Malaysia.(tetibe jek) Okey, LL nak story mory ni sape nak
dengar? Tak nak dengar pi main jauh-jauh. LL cakap sorang-sorang pun boleh.(merajuk
ni, tak nak pujuk ke?) Ok2 now I story ea. Banyak merapu LL ni kan? Once upon a
time.hehehe Okey gurau lagi. Tadi LL dengan kawan-kawan LL yang nak praktikum
dekat SMK Gedangsa pergi tengok umah sewa yang akan kitorang duduk sepanjang
berpraktikum kat sana. Yela, sebelum duduk tu nak la jugak tengok umah tu ok ke
tak kan? Kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih camtula. Perjalanan ke sana
fuyyo. Kawasan felda la katakan. Memang sekolah tu agak jauh. Bukan jauh ape.
Jauh ke dalam. Maksudnya kena menempuhi perjalanan sepanjang pokok getah dan
kelapa sawit baru la jumpe sekolah tu. Ok, take it easy. Cabaran untuk LL dan
kawan-kawan. Sampai jer umah tu, kitorang di sambut oleh Mak Mah tuan rumah
sewa tu. Sebenarnya bukan umah sewa pun, tapi lebih kepada bilik sewa. Kiranya kitorang
berlima akan tinggal sekali dengan Mak Mah tu. Ok la kan. Sebab semua ade.
Complete gitu. Mesin basuh ade, peti sejuk ade, dapur untuk kitorang masak pun
ade. Senang la, kiranya tak ganggu Mak Mah punye dapur. Ok, Mak Mah tu pun ok
sangat-sangat. Peramah dan lawak jugak orangnya. Boleh la kitorang berbual ngan
Mak Mah nanti. Hilang jugak rindu kat kampung. Owh, yer lupe nak bagitahu. Ade
dua bilik semuanya. LL dengan coursemate LL(Matematik) dan sorang student KH
akan duduk sebilik. Bilik satu lagi student TESL, 2 orang. Cukup kami berlima. Ok
selepas kitorang tinjau bilik sewa dan segenap ruang yang nak ditinjau(tinjau
la sangat), dan berpuas hati. Maka jadilah untuk kitorang menyewa.huhuhu
Selepas tu, kitorang pi tengok sekolah yang akan kitorang mengajar nanti.
Sekolahnya kecik aje. Pelajar ade 300 lebih dan gurunya pulak 40 lebih jer. Memag
sikitla. Kawasan felda kan, hanya anak-anak peneroka jer la. InsyaAllah, LL dan
kawan-kawan akan buat yang terbaik. Doakan kitorang yer. Semoga dipermudahkanNya.
ok...nampak tak name tag LL dua tu...semangat tak Cigu Amani kita ni???
ok...ni barang LL yg dah siap dikemas. Ade lagi yang belum. Memang banyakla. Nanti akhir sem8 nanti suh abah bawak lori.kuikuikui
Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
0 comments:
Post a Comment