By LavenderLilac a.k.a ~L_L~
Assalamualaikum...bersua kembali kita dalam rancangan...hehe...sajer jer. Alhamdulillah tamatlah sudah majlis watikah perlantikan Rakan EXCO dan Ketua-ketua Rumah Kolej Harun Aminurrashid (UPSI). Dalam majlis ni LL dapat belajar satu perkara baru yang sentiasa disebut oleh pengetua kolej KHAR iaitu tradisi. Menurut Wikipedia tradisi (Bahasa Latin: traditio, "diteruskan") atau kebiasaan, dalam pengertian yang paling sederhana adalah sesuatu yang telah dilakukan untuk sejak lama dan menjadi bagian dari kehidupan suatu kelompok masyarakat, biasanya dari suatu negara, kebudayaan, waktu, atau agama yang sama. Hal yang paling mendasar dari tradisi adalah adanya informasi yang diteruskan dari generasi ke generasi baik tertulis maupun (sering kali) lisan, karena tanpa adanya ini, suatu tradisi dapat punah. Dalam ucapan pengetua kolej KHAR, tradisi amat penting kerana walaupun pemimpin itu telah bertukar ganti tetapi kita tetap mengikut atau mengamalkan tradisi pemimpin yang lama. Maksudnya disini walaupun seseorang pemerintah atau pemimpin telah bertukar ganti tetapi pengikutnya itu masih mengamalkan kebiasaan yang dilakukan semasa pemerintah atau pemimpin yang lama. Lau xphm buat2 phm jer la. Begitu panjang lebar yer penerangan drp LL.haha
Labels :
wallpapers
Mobile
Games
car body design
Hot Deal
0 comments:
Post a Comment