Assalamualaikum semua...Alhamdulillah LL dah berada kat umah. LL pegi mana???Kan LL dah cakap semalam LL pegi melawat abah LL kat Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB. LL sampai kat sana dalam pukul 12, tapi kami tak boleh masuk lagi coz waktu melawat pukul 1. Dalam tunggu nak masuk melawat tu kitorang berbual dulu dengan mak LL. Tepat pukul 1 kitorang pun naiklah tingkat 2. Abah LL ditempatkan kat wad Temenggong. Wad ni adalah wad selepas ICU asenya CCU kot, ntahla. LL pun konpius gak. Hanya dua orang pelawat dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. LL masuk last skali lepas mak sedara LL dan sepupu LL masuk. Ingatkan adik LL yang bongsu tu boleh masuk, tapi tak boleh rupanya. Pengawal tu cakap adik LL baru umur 9 tahun. Pelawat berumur 12 tahun ke atas jer yang dibenarkan masuk. Sebelum masuk tu LL dah cakap kat diri LL supaya kawal diri jangan sampai nangis, tabahkan hati. Masa mula-mula masuk tu ok lagi, tapi time nak kuar lepas salam dengan abah LL air mata LL tetap jatuh jugak. LL memang tak boleh nak control dah. LL dah lama sebak, akhirnya jatuh jua. Masa on the way keluar wad tu mak LL cakap dengan LL, LL mampu jawab dengan anggukan dan gelengan jer. Air mata ni tak mau berhenti. LL hanya mampu berdo'a supaya abah LL cepat sembuh dan boleh keluar wad. Orang yang paling LL respect ialah mak LL. Dia seorang yang sangat tabah menghadapi ujian daripada Allah ni. Tak pernah sekalipun LL tengok mak LL putus asa atau pun menangis mengenangkan perkara yang terpaksa dihadapinya. " Ya Allah tabahkanlah hatiku menghadapi ujianMu ini Ya Allah" hanya itu yang mampu LL do'akan supaya hati ini tabah seperti mak LL.
Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
0 comments:
Post a Comment