-->
skip to main | skip to sidebar

-Luahan Hati : Lavender Lilac aka LL -

Blog ini adalah luahan hati LL dan juga perkongsian segala info daripada LL...^_-

Oprah Winfrey Quote


click to create your own

Klik Jgn Tak Klik



Instagram

Add LL

Amani Aziz

Create your badge

Labels

Cabaran (1) Do'a (2) Family (3) Hati Berkata (8) Latest (1) Luahan LL (56) Perkongsian (3) Renungan (1) Sahabat (2) Sekolah (1) Suka Suki (4) Tip dan Info (14)

Give me a SHOUT!

Ikut LL

Cuteki widgets kawaii

Search This Blog

Feedjit LL

$$$

Place Your Free Links And Articles On Articledude.com Article And Link Directory


Sakit Itu Kifarah Dosa...~

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...Apa khabar anda-anda semua? Semoga sihat hendakNya yer. Cik LL kurang sihat sikit xtahu la sebabnya apa. It is cause by weather or something else. Speaking kau jah...hehehe Yang pastinya bila Allah cakap Kun fayakun maka jadilah mengikut kehendakNya. Sakit itu kifarah dosa. Allah nak hapuskan dosa kita yang ada untuk digantikan dengan pahala sebab Allah sayangkan kita. Apabila kita sakit juga Allah akan utuskan 4 malaikat :

  1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKAN.
  2. Malaikat KE-2 akan mengambil REZEKI.
  3. Malaikat KE-3 akan mengambil KECANTIKAN(Wajah Pucat).
  4. Malaikat KE-4 akan mengambil DOSA.
Apabila kita sembuh Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Kedua dan Ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Akan tetpi Allah tidak akan menyuruh Malaikat Keempat untuk memberi balik dosa yang diambilnya. Sesungguhnya setiap kesakitan adalah kifarah dosa. Baru sikit LL diuji dengan sakit. Saudara Islam kita di Palestin dan negara-negara Islam yang lain lagi la diuji. Betapa tabahnya mereka. Kita di Malaysia macam mana plak? Siap boleh buat konsert lagi dan ada yang meninggal semasa konsert diadakan. Yang pastinya anak-anak muda sekarang. Malunya LL rasa bila Malaysia sebuah negara Islam yang dikenali di seluruh dunia tetapi sayangnya tak mengamalkan cara hidup Islam. Tengok anak-anak muda di Palestin berjihad untuk mempertahankan Islam tapi di Malaysia??? Mari kita sama-sama fikir dan renungkan. Sama-sama muhasabah diri sudah cukupkah amalan kita untuk dibawa di akhirat kelak? Kita selalu fikir JODOH itu ketentuan Allah dan jangan dilupa MAUT juga ketentuan Allah. Mungkin MAUT adalah JODOH yang akan kita bertemu dulu Wallahualam. Tiada siapa yang tahu. 

p/s : untuk LL dan juga rakan-rakan yang dikasihi...^_^












Category: Luahan LL, Perkongsian, Renungan 0 comments

~Semester Baru (Last Semester)~

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum…lama benor teman tak update blog ni. Mesti kome-kome rindu kat Cik LL kan? Perasan betul Cik LL kan? Orang x rindu pun dekat kite. Takpelah xrindu pun yang penting mike nak update blog yang dah bersawang dengan segala macam benda dah ade kat blog ni. Maklumlah orang bz kan? Bz la sangat kan? Betul la LL xtipu. 17hb Februari 2014 yang lepas, maka bermulalah semester baru bagi sesi ini iaitu semester akhir bagi LL. Cehh skema punye ayat. Dah 4 minggu dah LL menjalani kuliah yang amat padat. Lagi skali ayat poyo + skema. Memang betul pun tiap-tiap hari mengadap laptop je kejenya. Buat assignments sambil online. Ape orang cakap sambil menyelam minum air. So, LL pun buat jgklah mengikut peribahasa tu. LL buat assignments sambil online.hehehe Jangan marah nanti cepat tua. Bukan LL yg cakap tau. Semester akhir ni faham-faham lah dengan tesisnya lagi, kerja-kerja lain lagi. Memang amat penat. Balik kelas makan, solat pastu terus mengadap laptop. Takpe, demimu semester akhir akan ku teruskan perjuangan ini. Lagi skali ayat skema.hohoho 


okeyh ni pic lepas dpt baucer buku...xcited tu selepas hmpir 2 jam beratur...
rm50 dah selamat ditebus beli kertas nak print
masih ade baki rm200...~



P/s: So, di kesempatan ini LL mintak kalian doakan la LL dapatkan abiskan semester akhir ini dengan jayanya. Amiinn. Ok, tu je bubye(sambil lambai2 tangan).

Category: Luahan LL 0 comments

Rindu Sama Iqbal

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum…pejam celik pejam celik rupanya dah hampir 4 bulan LL menamatkan praktikum kat SMK Gedangsa, Kuala Kubu Baharu. Banyak suka dan duka sepanjang LL dan rakan-rakan berpraktikum. Memang banyak dukanya. Lau nak cerita uishh mahu nangis tak berlagu. Tapi tetap LL tempuhinya walaupun pahit.sobsobsob(sedih tau). Ok, tengok tajuk rindu sama Iqbal, tapi pi cite pasal praktikum plak. Iqbal tu sebenarnya anak akak sebelah umah masa praktikum tempoh hari. Memang selalu datang bilik kitorang. Umurnya baru 3 tahun, tapi amat cerdik budaknya. Selepas balik dari mengajar mesti die akan panggil kitorang dan tanya kakak buat ape tu? Selalu datang bilik kitorang waktu petang2 main dengan kitorang. Yela, mungkin die takde kawan nak main kot. Kitorang memang suka budak-budak. So, ape lagi. Boleh la buat hilang stress selepas balik dari sekolah. Die pun suka main dengan akak-akak yang comel ni.hehehe Perasan tak LL? Ade I kesah?...Gurau-gurau je yer. Ok, selepas praktikum pun kitorang masih contact dengan akak ni iaitu maknya si Iqbal. Selama masuk semester baru ni dah dua kali kitorang jumpe. Dia akan datang tempat umah sewa LL dan ambik LL dan kawan keluar. Kitorang ape lagi, ikut je la…hehehe Lau jumpe memang banyak la citer yang nak di story morynya…hikhikhik

#ni pic masa kluar 2 minggu lepas#
cik LL dgn Iqbal...~

cik LL wit bestfriend, Umi Umaimah & Iqbal...~


#ni pic masa lpas habis praktikum...makan2 with friends#
yg baju hijau ni la kak Katy maknya si Iqbal...~ 

okeyh muka bahagia lps habis praktikum...~

with Iqbal...~

kawan2 praktikum, roza & syira...peace yoo...~

p/s: really miss this moments with them...<3 

Category: Luahan LL 0 comments

Rasa Cinta Pasti Ada...~

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah....

Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang TUhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah...



Rasa cinta pasti ada tapi aku perlu gapai cita-citaku dan berbakti pada kedua ibu-bapaku dulu. Bukan ku tidak mahu tapi aku perlu menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung. Biarlah apa pandangan kamu terhadapku. Andai kau tahu...~

p/s:pesanan LL buat yang berkenaan, mood jiwang sikit...:)


Category: Hati Berkata, Luahan LL 2 comments

Practical Teacher

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum. Lama dah rasanya LL tak menulis kan? Memang agak lama la. Dah hampir berapa bulan ea? Dah 3 bulan kalau LL tak silap. Lama jugak kan. Yela, sibuk dengan praktikum la katakan. hehe. Yup, I'm a practcal teacher now. speaking kau jah. Jarang-jarang apa salahnya. Betul tak? ",Betul betul betul", kata Upin dan Ipin. Dah hampir 2 bulan jugak LL praktikal kat sekolah dekat Felda Gedangsa ni. Kat mana? Sekolah ni kat Hulu Selangor. LL dah cerita kat entry yang lepas. Ok, nama sekolah ni SMK Gedangsa. So far so good. Yela, tipu la lau LL cakap tak ade masalah kan? Tapi LL take it positive, InsyaAllah semuanya ok. Mudah-mudahan an? Doakan LL jugak taw. Sepanjang LL praktikum kat sini banyak jugak pengalaman dan pengetahuan yang baru LL dapat. InsyaAllah akan LL gunakan untuk mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Haish, tak sabar rasanya nak konvo. Amboi, praktikum pun tak abis lagi. Ada hati nak konvo dah. Dah la ada 1 sem lagi lepas praktikum ni. Banyak pulak bercerita. Rasa semuanya LL nak tulis.hihihi
ok la, kat bawah ni ada LL attachkan gambar. Setiap gambar mempunyai cerita. Ha tengok ayat cikgu dah berbunga sekarang.



program motivasi ting1


pertandingan melukis poster

 


pertandingan sajak merdeka


majlis sambutan merdeka raya


projek galeri sejarah



p/s : ok LL rasa cukup la setakat ni dulu...^-^. Semoga ketemu lagi...~








Category: Sekolah, Suka Suki 0 comments

Praktikum

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum…ape habaq? Ceq sihat, Alhamdulillah.hehehe Okey LL sihat jer. Sajer guna loghat utara. Kita kan 1 Malaysia.(tetibe jek) Okey, LL nak story mory ni sape nak dengar? Tak nak dengar pi main jauh-jauh. LL cakap sorang-sorang pun boleh.(merajuk ni, tak nak pujuk ke?) Ok2 now I story ea. Banyak merapu LL ni kan? Once upon a time.hehehe Okey gurau lagi. Tadi LL dengan kawan-kawan LL yang nak praktikum dekat SMK Gedangsa pergi tengok umah sewa yang akan kitorang duduk sepanjang berpraktikum kat sana. Yela, sebelum duduk tu nak la jugak tengok umah tu ok ke tak kan? Kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih camtula. Perjalanan ke sana fuyyo. Kawasan felda la katakan. Memang sekolah tu agak jauh. Bukan jauh ape. Jauh ke dalam. Maksudnya kena menempuhi perjalanan sepanjang pokok getah dan kelapa sawit baru la jumpe sekolah tu. Ok, take it easy. Cabaran untuk LL dan kawan-kawan. Sampai jer umah tu, kitorang di sambut oleh Mak Mah tuan rumah sewa tu. Sebenarnya bukan umah sewa pun, tapi lebih kepada bilik sewa. Kiranya kitorang berlima akan tinggal sekali dengan Mak Mah tu. Ok la kan. Sebab semua ade. Complete gitu. Mesin basuh ade, peti sejuk ade, dapur untuk kitorang masak pun ade. Senang la, kiranya tak ganggu Mak Mah punye dapur. Ok, Mak Mah tu pun ok sangat-sangat. Peramah dan lawak jugak orangnya. Boleh la kitorang berbual ngan Mak Mah nanti. Hilang jugak rindu kat kampung. Owh, yer lupe nak bagitahu. Ade dua bilik semuanya. LL dengan coursemate LL(Matematik) dan sorang student KH akan duduk sebilik. Bilik satu lagi student TESL, 2 orang. Cukup kami berlima. Ok selepas kitorang tinjau bilik sewa dan segenap ruang yang nak ditinjau(tinjau la sangat), dan berpuas hati. Maka jadilah untuk kitorang menyewa.huhuhu Selepas tu, kitorang pi tengok sekolah yang akan kitorang mengajar nanti. Sekolahnya kecik aje. Pelajar ade 300 lebih dan gurunya pulak 40 lebih jer. Memag sikitla. Kawasan felda kan, hanya anak-anak peneroka jer la. InsyaAllah, LL dan kawan-kawan akan buat yang terbaik. Doakan kitorang yer. Semoga dipermudahkanNya. 

ok...nampak tak name tag LL dua tu...semangat tak Cigu Amani kita ni???

ok...ni barang LL yg dah siap dikemas. Ade lagi yang belum. Memang banyakla. Nanti akhir sem8 nanti suh abah bawak lori.kuikuikui

Category: Hati Berkata 0 comments

Berakhirnya Sem 6

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...lama sudah LL tak update blog. Alhamdulillah syukur pada Allah semalam berakhirnya semester 6 LL kat Upsi ni selepas berakhirnya paper last Basic Organic Chemistry. So sekarang merdeka. Merdekalah sangat LL oiii. Camna? Hohoho LL pun tak taw nak cakap camana.hehehe Lau orang tanya camana paper? Bleh jawab? LL akan jawab "Alhamdulillah jawab tu memang boleh, betul ke tak je tak taw." Pelbagai pahit manis telah LL lalui pada semester ini. Mestila kan? Sape cakap study ni senang. Memang lumrah student macam ni. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Orang yang berjaya sekarang pun pernah susah. Yang kaya tak terus kaya. Diorang pernah melalui waktu-waktu susah untuk diorang sampai pada tahap sekarang. Yang kaya disebabkan family tu lain kira. Okey, dah abis exam ni mesti balik umah kan?. LL belum boleh balik lagi. Nak settlekan segala macam benda dulu baru boleh balik Klate. Yup banyak benda yang LL kena settlekan. Nak cari umah sewa untuk praktikal lagi, nak uruskan itu, nak uruskan ini. LL dah nak praktikal? Ye LL dah nak praktikal. Nampak tak dah lama LL blajar kat Upsi ni. Dah nak praktikum pun. Kat mana? Owh, dekat aje ngan Upsi ni. Kat Hulu Selangor je. SMK GEdangsa, Kuala Kubu Bharu. Pernah dengar tak? LL pun tak pernah pergi. Orang cakap kawasan Felda. Sebelum balik Klate LL kena cari umah sewa dan survey sekolah dulu. Ye lah nak jadi cikgu praktikum la katakan. Cikgu Amani yer murid-murid.hikhikhik Macam tak percaya pun ade. Dah nak praktikal dah rupenya ko cik LL. Rasa cam baru jer daftar masuk Upsi ni.(perasan muda jap) I memang muda lagi ok.(perasan lagi)...Astargfirullahala'zim kuat perasan rupenya budak ni.hehehe Untuk praktikum pada 17hb Julai nanti LL kena siapkan mental dan fizikal untuk menghadapi alam persekolahan. Dulu masuk sekolah sebagai pelajar, sekarang masuk sekolah sebagai cikgu. Kena siapkan diri dengan sebetul-betulnya. Semoga dipermudahkan. Rabbi Yassir wala tu assir. Amin...Selama 14 minggu LL akan berada di sekolah tu. InsyaAllah doakan LL ye.


p/s: chaiyok!!!

Category: Cabaran, Hati Berkata 0 comments
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Jgn Lupa Klik

Wishlist LL

new fon ijazah kerja cinta halal own business

Klik.Klik.Klik

Blog LL

  • ▼  2014 (3)
    • ▼  March (3)
      • Sakit Itu Kifarah Dosa...~
      • ~Semester Baru (Last Semester)~
      • Rindu Sama Iqbal
  • ►  2013 (11)
    • ►  September (2)
    • ►  June (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (12)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (51)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (14)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (11)

Blog Yang LL Follow

  • AkU Si TuLiP PuTiH
    Journey of gigi cantik #5
    5 years ago
  • ! k3ch!kz | F4!ry | t4le !
    Tinjauan Yang Menyeluruh Pada Adegan Mode di Pakistan
    7 years ago
  • .:: CeriTaCiTrakUaJelAh ::.
    Percintaan Jarak Jauh
    8 years ago
  • ~~Kasihku Amanahmu~~
    Aĺlah Maha Tahu
    9 years ago
  • .
    #5
    10 years ago
  • AT14 2010
    minyak cobra
    10 years ago
  • kisah aku.
    Love Notes :)
    10 years ago
  • Mencari Cahaya
    AFF Suzuki Cup 2014,
    10 years ago
  • biLEr AtY MuLA BerBIcaRA..nIeYhlAa JadInYA.......
    Alahai kesian yea :(
    11 years ago
  • Cahaya Kekuatanku (",)
    I AM A WOMAN_
    12 years ago
  • حياة ميرا زالي
    my Heart WaS bLInG-bLinG
    12 years ago
  • NADIATUL FARAH
    TAU AH!
    13 years ago
  • segalanya yang benar
  • | Aten Sana Sini |
  • Aku Adalah Aku
  • LightofAmbitions
  • Art Of Motion
Show 5 Show All

Layan Lagu Dulu




Gratisan Musik

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments
Powered by Blogger.

Shoutbox
 
  • Home
Layout By designsbyjenn