-->
skip to main | skip to sidebar

-Luahan Hati : Lavender Lilac aka LL -

Blog ini adalah luahan hati LL dan juga perkongsian segala info daripada LL...^_-

Oprah Winfrey Quote


click to create your own

Klik Jgn Tak Klik



Instagram

Add LL

Amani Aziz

Create your badge

Labels

Cabaran (1) Do'a (2) Family (3) Hati Berkata (8) Latest (1) Luahan LL (56) Perkongsian (3) Renungan (1) Sahabat (2) Sekolah (1) Suka Suki (4) Tip dan Info (14)

Give me a SHOUT!

Ikut LL

Cuteki widgets kawaii

Search This Blog

Feedjit LL

$$$

Place Your Free Links And Articles On Articledude.com Article And Link Directory


Last of Semester 5 Just Around The Corner!!! Semester 6 Aku Datang!!! In Shaa Allah

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh...Syukur kepadaNya masih dpt update blog mlm ni. Walaupun sem ni xbyk update pun tp nk jgk update. Pe punyer ayatla LL pn xphm. Kome phm?...Mike lg la xphm. Mesti korang konpius LL ni ore klate ke perak?...hehehe. Kita kan 1 Malaysia, tetibe jer. Takde kaitan langsung dgn topik. Ouch dah lari topik pun. ^_6. Semester 5. Ade ape dgn semester 5? Banyak suka duka LL sepanjang semester ini. Tak tau nk ckp camne ek. Memang la xckp cik LL oi, ko tulis jer dlm blog ni...hik3.Mengade kan? Ade LL kesah?...Ok2 back to topic. Amboi speaking London kau jah. Biasela sekali sekala, dua kali dua kala. Sape la ajar LL camni kan?. Alhamdulillah siap meng'edit' last esaimen td. Bersyukur kpdMu Ya Allah. Siap jgk akhirnya. Pejam celik pejam celik dah nk abih sem upenya. Kejap jer kan. LL rase cam baru msuk sem 1 jer. Sem depan dh msuk sem 6 In Shaa Allah jika diberikan keizinan olehNya utk hidup di muka bumiNya lagi. Tak lama lagi LL nk final exam. LL start paper first pd 31hb ni. Doakan utk LL yer. Aaamiin. Pelbagai rintangan, halangan dan macam2 lg dugaan pd sem ni tlh LL tempuhi. Berharap segala yg berlaku ada hikmahnya. Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya itu. Pegang ayat ini. In Shaa Allah kita dpt menempuhi segala masalah yg dihadapi selain berdoa kpdNya. Oke dah cukup kot. Next time kta jumpa lg. In Shaa Allah.

p/s: gud luck utk semua yg akan menghadapi final exam...






Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Hati Berkata, Luahan LL 0 comments

Janji Allah, Mati itu Pasti

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum semua...harap semua dlm keadaan sihat. Malam ni tiba2 jer LL rasa nk post kt blog ni. Lama asenya LL xupdate blog ni.hehe Nak kate bz xla bz sgt. Mulai esk LL start b'cuti sempena awal Muharam dan Hari Deepavali. LL kt bumi Tnjung Malim ni jer xblik kg. Nak siapkan assignment dan segala mcm keje yg ade plus nk save budget.hehe Biasela akhir2 sem ni phm2 jer la. Tadi call umah, abah LL angkat fon dan die bgtaw jiran LL yg sblh umah meninggal sebab sakit jantung. Innalillahiwainnailaihiroji'un. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Sakit itu hanya asbab kpd kematian. Setiap yg hidup pasti akn mati. Bila waktunya, kta tdk tahu. Hanya Allah yg tahu. Kita hnya perlu bersedia dan sentiasa mengingati mati. Allah bleh ambik nyawa kita bila2 masa saje. Pesanan untuk diri LL dan semua jgk.

p/s : sempena menyambut awal Muharam nanti, kat cni LL selitkan do'a akhir tahun dan awal tahun

Do'a Awal dan Akhir Tahun

DOA AKHIR TAHUN : Di baca slps solat Asar

DOA AWAL TAHUN : Di baca slps solat Maghrib



Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL, Perkongsian 0 comments

Semester 5 LL ^_-

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum semua. Harap kalian sihat wal'afiat hendaknya yer. Sedar tak sedar seminggu sudah LL kat UPSI ni. Hrm...dah semester 5. Dah jadi senior, tapi LL masih rasa muda. hakhakhak Perasan sekejap. Ramai jugak junior-junior yang masuk utk sesi 2012/2013 ni. Sume nampak matured. Yang senior nampak macam junior. Awet muda katakan. hehehe Bermulanya semester baru ni, azam pun baru la. Harap-harap semester ni dapat buat yg terbaik drp sem-sem yang lepas. InshaAllah. Camne kelas LL first week? Opkos la dpt assignment. Betul tak? Semester ni LL berazam nk buat assignment awal2. Do'akan LL yer. kenape? Mesti la ada sebabnya. Semester lepas akibat drp tangguh buat assignment, LL & the gang terpaksa korbankan waktu tidur.hahaha  Biasa la kan. Orang yg buat kerja last minute. Harap-harap sem ni kejadian tu tak kan berulang. huhuhu Ok la. Mata dah mula rasa mengantuk. Esok ada kelas kul 8. Kelas badminton tu. hehehe Ni la akibatnya koku tak habis lagi. InshaAllah sem ni habis. Ok gudnite semua. Assalamualaikum





Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL 0 comments

Coretan

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum. Diam tak diam dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Selamat berpuasa LL ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Dah hampir sebulan lebih jugaklah LL duk kat umah ni. Buat ape??? Cuti semester la sayang oii. Hehehe Sepanjang cuti LL tak buat pape pun. Terperap kat umah jer, tolong mak ngan abah LL ape yg patut. Dengan keadaan abah LL yg keluar masuk hospital tak mengizinkan LL utk kerja. Taw tak betapa terkejutnya LL semasa LL sedang menghadapi exam final sem 4 hari tu, rupa-rupanya abah LL kat dlm wad dah 2 minggu. Mak LL tak bg taw LL pun. Mak LL cakap tak nk ganggu LL. Betapa tersentuhnya hati LL, begitu besarnya pengorbanan mak LL. Mak, abah InshaAllah K.long akan hadiahkan kejayaan kpd mak ngn abah nanti. Amiin. Okey, setakat ini dulu coretan dari LL. Jika diizinkanNya jumpa lagi.



Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL 0 comments

Final Semester 4

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...hari ini 4hb Jun 2012. Minggu ini adalah minggu exam utk semua pelajar. LL start paper esok. LL harap LL akan dpt menjawabnya dgn baik. InshaAllah. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlahku kekuatan utk menjawab semua soalan yg ditanya dgn baik sepanjang peperiksaan berlangsung YaAllah. Berikanlahku dan rakan-rakanku kejayaan. Hanya kepadamu ku memohon dan meminta pertolongan. Aaamiin. LL ada 5 paper semuanya. 5,6,9,13 dan 16 hb. InshaAllah kelima-lima paper ni dpt LL hadapinya.

Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
 
Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -
 
 
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
 
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
 
 
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
 
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
 
 
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
 
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -
 
 
Doa mudahkan hafalan
 آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -
 
 
Dipetik daripada : Diari Siswa Islam 93
Hak Cipta penerbit asal
 
 
 
 
DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN
 
 
Doa untuk mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ
وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ
 اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ
وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
 ingatan para rasul dan malaikat terhampir.
Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,
hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
 
 
Doa setelah selesai mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ
وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،
 إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
 
 
Doa ketika masuk bilik peperiksaan
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
 وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
 وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,
 serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
 
 
Doa ketika menerima kertas peperiksaan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
 وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
 يَفْقَهُوا قَوْلِي.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
 Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
supaya mereka faham perkataanku.”
Doa Nabi Musa a.s.
 
 
Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.
Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
 
 
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً
وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.
 Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
 
Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku



Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Do'a, Luahan LL, Tip dan Info 0 comments

Do'a Untuk Sahabat2...

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...selamat pg Malaysia.LL harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Dah sarapan ke belum? LL minum susu jer tuk sarapan pg ni. LL sajer je pagi-pagi ni nk share satu do'a ni. Jumpa kt wall fb td.hehe Die ade tulis share do'a ini moga bermanfaat kepada sahabat2 semua. Do'a ni tuk LL jugak. Nk taw tak pe do'a tu? Jom kita sama2 baca...


DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK

Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )

p/s : do'akan tuk LL jgk yer...hehe




Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Do'a, Luahan LL 0 comments

Lawatan ke Karangkraf

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...lama btul LL xupdate blog. Maklumla bz. Macamla bz sangat kan? Pm pun xbz camni. Tapi  bg LL seriously memang bz. Minggu lepas midsem break, cuti. LL ape lagi balik kampung la.hehe Tapi kan cuti seminggu rasa cam kejap jer. Pejam celik pejam celik dah ade kat bumi Tanjung Malim dah.huhu Minggu ni dah masuk minggu ke 8 kuliah. kejap jer. Dah separuh sem dah. Maknanya dah approaching to final.hehe Minggu ni LL bz dengan test ngan kuiz. Minggu depan pun ade lagi. Begini la kehidupan kita sbg seorang student. Tadi LL pergi Shah alam  coz ade lawatan utk Kelab Penerbitan Elektronik. Ktorang pg Karangkraf. Kt Karangkraf LL dpt tgok diorang edit gambar utk dimasukkan dlm majalah, cara diorang buat n/paper, tgok camne diorang buat fotoshooting. Masa tu diorang tgh shoot gambar Elfira Loy. Pastu LL pegi kilang percetakan Karangkraf. Tu jer la kot.hehe

Bangunan Karangkraf                                        




LL shopping ckit buku kt Karangkraf

 Majalah PC

 Buku Resipi Kek, kononnya nk buat...

 Buku Mudahnya Mengajar, sbg persediaan...


Ok, setakat ni dulu yer...




Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL 0 comments

Ya Allah Ya Tuhanku~

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

Oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku



Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL 0 comments

Bengkel Bersama Team REMAJA

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...maaf la yer, LL menggedik pagi2 buta ni. Sajer nk update sal LL join bengkel CHILLAX bersama team REMAJA semalam. Sepanjang bengkel tu berlangsung banyak aktiviti yg dijalankan antaranya tips solekan, cara pemakaian tudung, kuiz dan banyak lagi. Banyak lagi LL nk stori mori tp LL malas nk taip panjang2.hehehe
So, tengok jer gambar yg LL upload kat bawah ni. 

dpt goodies bag drp REMAJA dan 
produk SOFY

 sijil penyertaan bengkel CHILLAX

ni hadiah yg LL dpt coz dpt jawab soalan

brg drp BODYSHOP 





Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL, Suka Suki 0 comments

Suara Hati

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...lama betul cik LL x update blog. Maklum la bz.huhuhu Betul la LL x tipu. Pejam celik, pejam celik dah bulan 3. Nak masuk bulan 4 dh pun. Begitu cepat masa berlalu. Hrm...xtau nk habaq pe dh.hehehe Semester 4 ni LL ase kejap je. Dah minggu 5 dh skrng ni. Assignment ade yg xbuat lg. Ape nk jd la dgn LL ni. Ingat ape yg dijanjikan dgn abah tu. InsyaAllah abah K.long akan ingat. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah hambaMu ini kejayaan di dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbalalamin...Tak tau la sem ni LL cepat sgt tersentuh dan mudah mengalirkan air mata. Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini supaya dpt menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang. Ku tahu YA Allah Kau tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaMu. Diharapkan dengan dugaanMu itu, ku akan menjadi seorang hamba yg kuat dan tabah Ya Allah.

 



Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Hati Berkata 0 comments

Semester Baru

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum...Ape habaq???Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Cheewah macam tulis informal letter plak LL ni. LL cuma nak bg taw skarang ni LL dah msuk semester baru dah. Pejam celik pejam celik dah semester 4 rupanya. Diharapkan dengan bermulanya semester baru ni azam pun biarlah baru kan? Betul x??? hehehe. Baru tinggal kampung 2 hari dah rindu kt umah. Uwaaaaaaaaaa nk balik. Hrm...sabar LL 4 sem jer lg.huhuhu sedihnya. Rindu kt mak, abah n & adik2. Eh2 lupa rindu sama Kitam jugak. Kitam tu sape? Kitam 2 kucingla.hehehe


Ni la family LL

Ni la Kitam...



Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Family, Luahan LL 0 comments

Semester Break

By LavenderLilac a.k.a ~L_L~

Assalamualaikum semua...lama dh LL xupdate blog. Dah macam-macam benda dh b'sarang kt blog LL ni yer tak?hehehe. 2 minggu lebih dh LL dk kt umah ni. Ape LL buat???LL dk umah bangun, makan n tido. Yippi...hehehe
Seronok an dk kt umah. Makan mak yang masak. Time ni la kta nk manja ngn mak kan? Betul x? Hrm...bkak fb td kwn2 LL ckp result akan kuar xlma ag. Ni yg membuatkan jantung LL dupdapdupdap ni. Berdebar2. LL harap LL akan dapat result yg bagus. Tak lupa LL do'akan yang LL dan kwn2 dpt result yg gempak. Amin...




Labels : wallpapers Mobile Games car body design Hot Deal
Category: Luahan LL 0 comments
Search Terms : property home overseas properties property county mobil sedan oto blitz black pimmy ride Exotic Moge MotoGP Transportasi Mewah free-islamic-blogspot-template cute blogger template free-blog-skins-templates new-free-blogger-templates good template blogger template blogger ponsel Download template blogger Free Software Blog Free Blogger template Free Template for BLOGGER Free template sexy Free design Template theme blogspot free free classic bloggerskin download template blog car template website blog gratis daftar html template kumpulan templet Honda SUV car body design office property properties to buy properti new
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Jgn Lupa Klik

Wishlist LL

new fon ijazah kerja cinta halal own business

Klik.Klik.Klik

Blog LL

  • ►  2014 (3)
    • ►  March (3)
  • ►  2013 (11)
    • ►  September (2)
    • ►  June (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2012 (12)
    • ▼  December (1)
      • Last of Semester 5 Just Around The Corner!!! Semes...
    • ►  November (1)
      • Janji Allah, Mati itu Pasti
    • ►  September (1)
      • Semester 5 LL ^_-
    • ►  July (1)
      • Coretan
    • ►  June (1)
      • Final Semester 4
    • ►  April (2)
      • Do'a Untuk Sahabat2...
      • Lawatan ke Karangkraf
    • ►  March (3)
      • Ya Allah Ya Tuhanku~
      • Bengkel Bersama Team REMAJA
      • Suara Hati
    • ►  February (1)
      • Semester Baru
    • ►  January (1)
      • Semester Break
  • ►  2011 (51)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (14)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (11)

Blog Yang LL Follow

  • AkU Si TuLiP PuTiH
    Journey of gigi cantik #5
    5 years ago
  • ! k3ch!kz | F4!ry | t4le !
    Tinjauan Yang Menyeluruh Pada Adegan Mode di Pakistan
    7 years ago
  • .:: CeriTaCiTrakUaJelAh ::.
    Percintaan Jarak Jauh
    8 years ago
  • ~~Kasihku Amanahmu~~
    Aĺlah Maha Tahu
    9 years ago
  • .
    #5
    10 years ago
  • AT14 2010
    minyak cobra
    10 years ago
  • kisah aku.
    Love Notes :)
    10 years ago
  • Mencari Cahaya
    AFF Suzuki Cup 2014,
    10 years ago
  • biLEr AtY MuLA BerBIcaRA..nIeYhlAa JadInYA.......
    Alahai kesian yea :(
    11 years ago
  • Cahaya Kekuatanku (",)
    I AM A WOMAN_
    12 years ago
  • حياة ميرا زالي
    my Heart WaS bLInG-bLinG
    12 years ago
  • NADIATUL FARAH
    TAU AH!
    13 years ago
  • segalanya yang benar
  • | Aten Sana Sini |
  • Aku Adalah Aku
  • LightofAmbitions
  • Art Of Motion
Show 5 Show All

Layan Lagu Dulu




Gratisan Musik

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments
Powered by Blogger.

Shoutbox
 
  • Home
Layout By designsbyjenn